Mutakhir ini, kebanyakan kita sering dihimpit dengan kesempitan waktu.
Senarai kerja yang panjang tidak dapat kita seimbangkan dengan waktu yang ada.
Bagi mencapai kepuasan untuk memangkah senarai tugasan yang panjang, ramai kita memilih untuk multitask.
Kita rasa kita dapat buat banyak kerja dengan multitask.
Multitask adalah apabila kita membuat lebih dari satu kerja dalam satu masa.
❗️Kajian menunjukkan otak kita tidak secekap yang kita sangka apabila kita multitask.
❗️Ada juga kajian yang membuktikan produktiviti berkurang.
Bagaimana ini boleh berlaku?
???? Pemahaman berkurang
???? Kemampuan kognitif terganggu
???? Fokus berkurang
???? Pencapaian merosot
???? Cenderung buat kesilapan
Saranan pihak kesihatan mental adalah untuk mendedikasikan waktu khusus untuk satu-satu kerja sambil benar-benar fokus dan menikmati waktu itu.
Dengan itu, bukan sahaja sihat untuk kesihatan mental dan fizikal, ia juga boleh meningkatkan tahap pencapaian kerja yang dilakukan.
#kesihatanmental #mindfulness #keseimbangan #psikologi #klinikpsikologi