Apr 28, 2022

????????KENALI PENGERUSI ATFAL JANNAH & YAYASAN ATFAL JANNAH????????

Atfal Jannah diasaskan oleh Pakar Psikologi Klinikal, Pn. Hjh. Azlina Roszy bt. Mohamad Ghaffar, seorang Konsultan Psikologi Klinikal yang banyak mengendalikan kes-kes kesihatan mental dan psikologi.

Pn. Azlina berkemahiran dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang gangguan perkembangan saraf dan ketidakupayaan pembelajaran serta neuropsikologi kanak-kanak.

Pn. Azlina banyak melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang melibatkan kanak-kanak terutamanya berkaitan pendidikan dan perkembangan mereka.

Hasrat Pn. Azlina untuk membangunkan kompleks OKU ini di mana ia akan menjadi sebuah pusat yang komprehensif yang akan menempatkan golongan OKU masalah pembelajaran sepanjang hayat mereka. Kompleks ini akan mempunyai pusat terapi, kelas pendidikan khas, pusat latihan vokasional untuk umur 3 tahun ke atas. Kompleks ini juga menyediakan asrama dan penempatan untuk umur 18 tahun ke atas.

Hasrat ini lebih bermakna jika mendapat sokongan orang ramai.

Dengan Ramadhan yang berbaki 4 hari lagi, kami mengalu-alukan sumbangan dari pihak Tuan/Puan untuk tujuan pembinaan kompleks ini.

Kisah lanjut tentang kompleks boleh dibaca di sini —> https://www.facebook.com/699478043591104/posts/1762328067306091/

Anda boleh salurkan sumbangan anda ke:
Bank Rakyat
Yayasan Atfal Jannah
No akaun: 1101 4935 94
Rujukan: Kompleks OKU

Atau anda boleh tekan pautan

????????
https://toyyibpay.com/Kompleks-OKU

Anda boleh hubungi kami di pelantar berikut untuk maklumat lanjut.
Laman web: http://atfaljannah.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AtfalJannah
Instagram: https://www.instagram.com/atfaljannahbangi/
Whatsapp: https://wa.link/4zbd72