May 12, 2022

???? APA NAK BUAL? ????

Tak meriah Syawal kalau tidak disulam dengan amalan ziarah-menziarahi kan?
Cuma kadang-kadang ada orang mengelak untuk berjumpa dengan orang lain kerana takutkan atau tidak gemar dengan soalan-soalan yang selalu ditanya..
Secara umumnya, elakkan soalan yang
✖️sensitif
✖️bersifat menghukum/membanding-bandingkan
✖️melibatkan perihal di luar kawalan manusia
✖️boleh mendatangkan emosi sedih, takut dan cemas

Jadi, apa nak bual bila jumpa sanak saudara dan rakan-rakan?
❇️Perkembangan semasa di dalam dan luar negara
❇️Kenangan puasa dan raya semasa zaman kanak-kanak
❇️Pengalaman belajar/kerja beberapa bulan yang lepas
❇️Perbualan santai seperti teka teki
❇️Menu masakan yang menarik untuk iftar Syawal atau rumah terbuka

Yang penting, berbual dengan niat untuk lebih mengenal dan memahami tanpa ada sebarang prasangka atau prejudis . Barulah hubungan akan lebih mesra dan mudah-mudahan ukhuwwah yang terjalin diberkati Allah.

#KlinikPsikologiAzlina
#EidMubarak
#TipsKPA
#SyawalDiraiUkhuwwahBersemi
#Terapi
#Psikologi