Bapa..

Jun 19, 2022
Bapa..

Bapa..
Engkau sesungguhnya kuat
untuk menjaga amanah ini
dengan kekuatan dari yang Maha Kuat

Bapa..
Engkau sesungguhnya pengasih
terhadap amanahmu
dengan kasih sayang dari yang Maha Mengasihani

Bapa..
Engkau sesungguhnya berhikmah
mengurus amanah kamu
dengan kebijaksanaan dari yang Maha Bijaksana

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ
“….Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat.” (Al-Baqarah: 186)

tidak Dia ciptakan amanah tanpa bantuan
tidak Dia ciptakan ujian tanpa jalan keluar
tidak Dia ciptakan amal tanpa ganjaran
kerana hanya dengan rahmatNya segalanya mungkin

Selamat Hari Bapa
“Kasih Bapa Pelindung Keluarga”
19 Jun 2022