Posted @withrepost • @aimanpsikologi Fight-or-flight ini ialah satu mekanisme normal seorang manusia, untuk pastikan dia ada kelangsungan hidup (survival).
Bayangkan kalau kita tak rasa apa-apa bila nampak seekor binatang yang nak makan kita, silap hari bulan, sendawa sudah binatang tu.
Zaman sekarang, ancaman ini mula berubah rupa jadi:
- Deadline assignment
- KPI kerja nak dikejar
- Tugasan di pejabat
dan banyak lagi.
Tak ada masalah untuk badan kita berada dalam mode fight-or-flight ini, untuk pastikan kita 'survive'. Tetapi, bila ancaman dah tak ada, sepatutnya badan kita kembali ke mode normal.
Yang kita risau ialah mental sentiasa dalam fasa survival, sehingga dizahirkan melalui panas baran, mudah terasa, bersedih, penat, lesu dan macam-macam lagi.
Antara cara untuk kendali simptom ini, ialah untuk 'rendahkan' semula ketegangan mental dan fizikal ini supaya kita kembali ke mode normal.
Jadi, saya ada surprise tau!
15 November ini, bersempena hari jadi saya, akan dilancarkan satu kursus online PERCUMA, "5 Teknik Tenangkan Diri."
Ini kira hadiah istimewa saya kepada masyarakat ????
Kursus ini terbuka kepada semua, dan digalakkan untuk masuk senarai menunggu sekarang, supaya tak terlepas nanti.
Daftar di link bio ya :)