Memang Sedih Dan Jelik Melihat Wanita Saling Menguguti

May 22, 2023
Memang Sedih Dan Jelik Melihat Wanita Saling Menguguti

Memang sedih dan jelik melihat wanita saling menguguti wanita lain hanya kerana cara penjagaan selepas melahirkan anak tidak seperti yang mereka lalui & mahukan.

1. Penjagaan kesihatan adalah sepanjang hayat, bukan hanya pada tempoh 44 hari sahaja yang menentukan tahap kesihatan seseorang individu selepas mencecah usia tertentu.

2. Wanita berhak untuk membuat keputusan untuk tubuh mereka tanpa perlu diugut dengan kata kata jelik dan hinaan. Setiap cara individu mungkin berbeza, tetapi kunci utama adalah penjagaan makanan dan kekal aktif dalam aktiviti fizikal.

3. Penjagaan mental sangat penting selepas melahirkan anak. Selepas melahirkan anak anda layak memanjakan diri dengan mengurut, spa dan buat apa aktiviti yang anda gemari. Ugutan kepada ibu perlu dihentikan untuk menjaga kesihatan mental ibu.

4. Berpantang adalah pilihan, tidak salah jika anda mahu memilih untuk berpantang secara tradisional, tetapi tidak bermakna orang lain yang tidak berpantang seperti anda di rendahkan sebagai tidak sayang diri, tidak tahu jaga diri dan bakal menerima kesan buruk.

5. Saling hormati, wanita janganlah terlalu toksik.

Setiap hari kita lihat banyak kes wanita terainaya, kes keganasan wanita, kes wanita di sondol, kes wanita di tindas. Semua ini langsung tiada kaitan sama ada wanita itu berpantang atau tidak.

#PublicHealthMalaysia
#klinikpsikologi
#malaysia
#selangor
#bandarbukitmahkota